Monday, February 9, 2009

dari sahabat untuk sahabat

skrg ni aku tgk permainan politik kat Malaysia ni cukup kotor skali..xtau la korng anggap cmne..tp bg aku mmg dh x nmpk sistem demokrasi 2 wujud kat Malaysia ni..ape yg kite dpt lihat, sistem yg mengamalkan dasar 'matlamat menghalalkan cara' berlaku, terutama pada golongan atasan yang menganggap diri mereka amat berkuasa seperti meletakkan undang-undang itu di tangan mereka sendiri dan memaksa rakyat mengikut segala undang-undang yg telah ditetapkan walhal mereka sendiri secara sedar tidak mengamalkan undang-undang tersebut..inikah pemimpin yang kite sanjungi selama ni??sanggup membuat keputusan tanpa mendengar suara rakyat..

bangkitlah wahai pejuang-pejuang..sedarlah bahawa kite perlukan satu perubahan dari segala aspek..perubahan yang membawa kepada kebajikan dan kesejahteraan seluruh rakyat..jangan kite sesekali terpengaruh dengan ape jua tawaran, pangkat & darjat, semata-mata utk menghentikan perjuangan kite ini..BODOH-lah kita sekiranya kita sanggup menjualkan akhirat untuk mendapatkan dunia..na'uzubillah..

apa yang menyedihkan lagi, kita dapat melihat banyak media seperti dikongkong oleh sesebuah pihak..berita-berita yang disampaikan tidak telus sama sekali..memutar-belitkan kata-kata yang sebenar dan mehihak kepada sebelah pihak sahaja, sedangkan mereka(pihak media) seharusnya bebas untuk menyampaikan berita-berita yang benar dan telus..namun, apakah kita sedar semua ini??

aku rasa amat sedih bila memikirkan masyarakat yang tidak terdedah dengan dunia IT terutama penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman..kerana mereka ini hanya sekadar terdedah dengan media-media seperti televisyen dan surat khabar..ini menyebabkan mereka percaya bulat-bulat apa yang pihak media katakan, dan apabila kita bercakap tentang perubahan, mereka bantah dengan alasan kehidupan mereka cukup selesa..ya, memang tidak dinafikan Malaysia ini merupakan antara negara paling aman..tiada peperangan seperti di Palestin..namun, apakah sekiranya negara Malaysia ini menghadapi peperangan, barulah kita sibuk bercerita tentang perubahan??

wahai rakan-rakan seperjuanganku..ingatlah..apabila kamu diberi kuasa dalam sesuatu organisasi,janganlah kamu sesekali menyalahgunakan kuasa tersebut..dan apabila kamu menjadi seorang pemimpin, maka ADIL-lah kamu dalam kepimpinanmu itu..

sekian dari sahabat untuk sahabat..

wassalam..

1 comment:

ainulMardhiah said...

salam berjuang....

ana setuju sangat dengan artikel pasal politik sekarang ang anta wat, sepupuku...anta masukla blog ana...ana post baru..